Saturday, October 2, 2010

cara-cara untuk menjadi terkenal diFACEBOOK.

Mesti ramai yang ada akaun facebook. Tipulah kalau cakap takder
akaun facebook. Budak kecik pun dah ada akaun facebook sekarang ni.
Jadi, mesti ramai yang mahu terkenal difacebook. Asyik-asyik letak
status takder orang nak komen..Bosan juga kan..Ni ada beberapa cara
nak jadi terkenal di facebook..

1)Letak gambar yang menarik perhatian
Ni adalah salah satu cara yang berkesan.Cuba tukar gambar profil anda
dengan gambar yang lebih menarik perhatian orang.Seperti gambar anda
di kolam mandi ke..kalau tak nak basah..ambik jer gambar di tepi kolam
mandi..alah macam photoshoot majalah hiburan tu..Pasti cara ni berkesan
kerana perkara pertama yang orang lihat adalah gambar anda.Letak gambar
orang lain pun takper.Asalkan menarik perhatian orang.

gambar hiasan

2)Buka akaun guna nama orang popular
Ini pun adalah salah satu cara yang agak berkesan.Apa kata anda buka
menggunakan nama artis popular cam penyanyi ke..pelakon ke..takpun
dengan atlet yang popular. Measti ramai yang nak add anda di facebook.
Tapi pastikan dia tu takder akaun facebook cam M Daud Kilau ke..
A Ramlee ke..kalau guna nama Siti Nurhaliza ke..Fahrin Ahmad ke..
conform laa korang tak hidup lama..entah-entah peminat dorang
plak yang akan block korang.



gambar hiasan lagi

3)Buat status yang berbaur fitnah/kutukan/kritikan
Ini lagi salah satu cara yang agak berkesan. Tapi sejak kebelakangan
ni dah ramai yang guna cara ni.Korang buat laa status cam
"Kolot laa Rantau Panjang ni takder KFC".Measti ramai punyer yang
akan komen status korang.Tapi mungkin ramai juga yang akan kutuk
korang.Tapi yang pasti notofications korang akan bertambah..Tambahan
lagi mungkin ada yang akan create group anti korang cam "Anti Faizal".

4)Add ramai orang yang anda kenal/tak kenal
Salah satu cara yang berkesan juga adalah anda add semua orang yang anda kenal
mahupun tak kenal. Lagipun aku pasti 80% orang yang ada akaun facebook
tak kenal semua yang ada dalam friends list dorang.Dengan cara ini, maka makin
ramai yang akan approve anda.

cukup lah dulu untuk hari ni..kalau feedback dari pembaca amat memberansangkan.
nanti aku sambung lagi entri ni..Selamat mencuba!!

Sunday, August 22, 2010

Si Bapa Yang Penyayang

Suatu petang yang damai lagi sejahtera.Seorang bapa yang bertanggungjawab lagi penyayang telah bertanyakan sesuatu kepada anaknya.

Bapak:Boboy..Siapa orang yang paling malas dalam kelas kamu?
Boboy:Entah..saya tak tahu laa bapak..
Bapak:Tak kan laa kamu tak tahu..Kalau semua murid tengah belajar dan menulis..
Lalu ada yang duduk-duduk saja tanpa buat apa-apa..Tu pemalas namanya
Boboy:Wah..kalau yang tu Boboy tahu laa..
Bapak:Siapa?
Boboy:Cikgu..
Bapak:Gulp!!

Lalu si bapa pun berubah fikiran untuk bertanya soalan yang kedua..hehehe

Wednesday, August 18, 2010

bila remaja bertemu Youtube..

Apa itu Moymoy Palaboy?Anda pernah mendengar Moymoy Palaboy?Anda pernah tahu pasal Moymoy Palaboy?Anda pernah tengok video moymoy Palaboy di Facebook?*ok2..ambil nafas dulu..tarik..hembus..lagi skali..tarik..hembus..ok..jawab sekarang..
buat pengetahuan anda..ceh..macam nak buat presentation plak..Moymoy Palaboy adalah dua orang adik-beradik yang sangat kreatif..jangan berangan nak ajak adik/abang/kakak anda buat macam ni pulak taw..Duo bersaudara yang berasal dari Filipina ini mula meng'upload' hasil karya mereka iaitu video lipsynch ke Youtube pada tahun 2007. Pada tahun 2008, Moymoy Palaboy menjadi sangat terkenal sehingga ke seluruh dunia..Anda kenal tak mereka tahun lepas?kalau tak,maknanya fakta ni tipu laa..hahaha..Video mereka yang paling terkenal di Youtube dadlah Wnna Be yang dipopularkan oleh Spice Girls dan Marimar yang dinyanyikan oleh Thalia..alah..si Rosalinda tu..
Mesti anda mahu tengok rupa mereka kan..cuba tengok ni..

*mereka ni memang sengal kan..

sekarang sudah beribu video mereka di Youtube..nanti try laa tengok sendiri..Tapi kali ini saya dengan bermurah hatinya mahu bagi anda salah satu vidoe mereka yang top tu..okey..tapi link jer..try klik kat sini..okey..selamat menonton

Sunday, August 15, 2010

keluarga saya

Walaupun tajuk entry ni macam tajuk karangan pelajar darjah 1 tapi aku nak buat jugak..sebenarnya tajuk entry jer keluarga saya tapi contentnya sikit jer..hahaha..aku sebenarnya nak citer pasal dua orang puteri yang aku selalu jumpa kalau aku balik bercuti..(baru terasa dah lama tak balik rumah..huhuhu)..disebabkan mak aku ni tiada anak kecil kerana aku yang paling kecil,jadi dia pun merajinkan diri mengasuh anak mak sedara aku..(apasal tak tulis adik sepupu jer..hampeh!)..budak ni namanya Nur Ain Natasya..kat bawah ni gambar dia..


*maaf laa..dia tau posing gaya makan jer..

ni gambar masa umur hampir setahun..(alasan..padahal dah lupa umur budak ni)..sekarang dah besar sket..dia ni tak pernah pun minum susu bayi..entah apa masalah dia tapi Alhamdulillah dia sihat aka terlebih sihat..makanan dia sama cam makanan aku..makan nasi kerabu,mee rebus,asam,dan macam2 lagi makanan aku yang aku melantak pasti dia pun nak try jugak..

Sorang lagi ni belum tahu makan lagi..tapi mak aku tak mengasuh budak ni sebab kerjaya mak dia adalah suri rumah sepenuh masa..nama budak ni plak Nur Ain Zulaikha..try tengok gambar dia kat bawah ni..


*ishk..bulatnya belon tu..kah3
Tengok tu..semuanya sihat jer kan..memang keluarga yang bahagia laa..jangan lupa nantikan entry yang seterusnya pulak sebab kemungkinan aku nak letak gambar nenek aku pulak..

Tuesday, February 23, 2010

percubaan pertama

hari ini aku membuat keputusan untuk kembali menulis..bukan apa..aku rasa bosan..
bosan sangat..jika sebelum ini aku hanya bersama facebook setelah friendster
ditinggalkan,tapi kini facebook terasa membosankan..
entahlah kenapa tapi melihat wall yang dipenuhi dengat post2 yang menyakitkan mata,
aku cuba untuk bertukar arah..tapi facebook masih digunakan untuk berhubaung dengan rakan2
terutama yang jauh..bercakap mengenai kawan2,aku telah berjaya menjejaki beberapa orang
kawan2 yang telah lama hilang entah kemana..seorang demi seorang aku jumpa didalam facebook..
semoga persahabatan yang terjalin berkekalan abadi..cukuplah untuk entri yang pertama..
semoga bertemu kembali..
#kembali terjalin-Slam